INFO SULAMAN

Terdapat pelbagai jenis jahitan sulaman. Antaranya, sulaman ayak/goyang, sulaman biasa, sulaman tangan (reben, cabut, benang & kepala peniti) dan sulaman mesin.
Berikut adalah perbezaan jenis sulaman-sulaman tersebut:
Sulam Ayak/Goyang

Sulaman ayak @ goyang lebih halus berbanding sulaman biasa. Bagi menyiapkan sepasang kain sulaman ayak, tempoh masa yang diambil adalah selama satu bulan. Selain itu, upah menjahit sulaman ayak dikira per cm dan bukannya per helai. Bezanya dengan sulaman biasa, sulaman ayak lebih tebal sulamannya dan tampak lebih ekslusif serta tahan lebih lama.
Sulam Biasa

Sulaman biasa lebih mudah dan cepat disiapkan berbanding sulam ayak/goyang. Ini kerana sulamannya kurang tebal berbanding sulaman ayak dan untuk mendapatkan efek lubang, sulaman biasa cuma perlu ditebukkan dengan benda panas sahaja.
Sulam Tangan

Sulaman tangan tidak menggunakan sebarang mesin, sepenuhnya menggunakan tangan. Sulaman tangan terdiri daripada beberapa jenis, iaitu:
1) Sulaman Cabut
2) Sulaman Reben
3) Sulaman Kepala Peniti
4) Sulaman Benang
5) Sulaman Manik